Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam aliran menaik sebagaimana pasangan mata wang kekal cenderungan memihak kepada kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini dilihat mengukuh di atas sokongan mendatar pada tahap 0.9630 dan ia berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menaik. Pada masa yang sama, indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menurun. Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi pada tahap 0.9630, maka aliran menaik yang seterusnya adalah diramalkan dengan rintangan mendatar seterusnya dilihat terletak pada tahap 0.9800 dan 0.9840.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.98 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.984. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9586 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9515. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9630.
Tahap Rintangan: 0.980, 0.9840, 0.9910
Tahap Sokongan: 0.9585, 0.9515, 0.9450