Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 04 Julai, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan menurun sebagaimana rintangan utama dilihat terletak pada tahap 137. Pada Jumaat lalu, indeks saham AS mencatatkan keuntungan sederhana sekaligus menjadikan ia sebagai kenaikkan ke-4 berturut-turut. Jumlah dagangan adalah sangat kecil menjelang hujung minggu yang panjang (pasaran AS ditutup pada hari Isnin, 4 Julai bersempena cuti Hari Kemerdekaan). Pasangan mata wang ini berdagang mendatar di bawah rintangan utama pada tahap 137, manakala indeks kekuatan relatif adalah di sekitar tahap 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Selagi tahap harga 137 kekal mengukuh sebagai rintangan utama, maka penurunan harga ke arah tahap 135.85 adalah berpotensi.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 135.85. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 135. Titik pangsi kekal berada pada tahap 137. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 137.70 dan sasaran kedua pada tahap 138.70.

Tahap Rintangan: 137.70, 138.70, 139.65

Tahap Sokongan: 135.85, 135, 133.30