Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 139.55. Saham Eropah menamatkan kenaikkan pada baru-baru ini, dengan Stoxx Europe 600 menurun sebanyak 0.1%. British Pound jatuh berbanding dolar AS hari ini selepas meningkat 2.6%, atau 335 pips, dalam rentetan kenaikkan harga pada tiga sesi dagangan terdahulu, sebagaimana tumpuan kini telah beralih kepada mesyuarat Bank of England yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ini, di mana bank pusat berkemungkinan besar diramalkan akan menurunkan kadar faedah utama kepada 0.25% daripada 0.50% dan melancarkan satu lagi pusingan pelonggaran kuantitatif untuk melindungi ekonomi daripada kesan sampingan daripada undian Brexit bulan lalu. Pasangan mata wang ini dilihat kekal berdagang di atas tahap 136.10 dan akan kekal menaik. Walaupun kesinambungan daripada pengukuhan harga ini tidak berlaku, namun pergerakkan kesinambungan harga harus dihadkan. Kenaikkan harga yang seterusnya dijangka dengan tahap sasaran masing-masing terletak pada tahap 139.55 dan 141.00.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 139.55 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 141.00. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 134.85 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 133.70. Titik pangsi terletak pada tahap 136.10.
Tahap Rintangan: 139.55, 141.00, 142
Tahap Sokongan: 134.85, 133.70, 133.00