Gambaran makro global untuk 15/07/2016:
Laporan KDNK sebenar dari China telah mengejutkan pelabur global sebagaimana bacaan yang dikeluarkan adalah lebih baik daripada yang diramalkan. Pertumbuhan ekonomi suku kedua meningkat daripada tahap 1.2% q/q kepada 1.8% q /q, 0.2% lebih daripada yang dijangkakan. Selain itu, berdasarkan kepada asas tahunan, KDNK China kekal pada tahap 6.7% walaupun terdapat ramalan yang mengunjurkan 6.6% penurunan. Selain itu, pengeluaran perindustrian dan jualan runcit juga telah mengejut peserta pasaran, kenaikan ke tahap 6.2% y/y dan 10.6% y/y. Kesimpulannya, laporan yang positif dari China telah menambah minyak ke atas api dan sentimen positif dapat dilihat dengan jelas di pasaran, di mana S&P 500 terletak pada paras tinggi baru dan kesemua mata wang berisiko seperti yen dan euro melonjak naik.
Dalam situasi risiko semasa, emas tidak lagi menarik untuk pelabur-pelabur yang gemar membelinya apabila tinjauan global adalah tidak menentu atau pasaran berada dalam kegawatan. Inilah sebabnya mengapa kita akan melihat pada gambar teknikal emas untuk carta harian pada masa sekarang. Corak 'double top' pada tahap 1375 telah mendorong harga untuk jatuh ke tahap 1320, begitu hampir dengan sokongan teknikal pada tahap 1314. Selain itu, terdapat perbezaan melemah yang jelas kelihatan di antara tahap harga dan oscilator momentum. Garis aliran ungu mungkin memberi sokongan dinamik buat sementara, tetapi jika zon di antara tahap 1304 - 1314 ini berjaya ditembusi, maka sokongan seterusnya dilihat terletak pada tahap 1249.