Indek dolar AS terus untuk didagangkan pada arah tepi.Harga melakukan pembalikkan ke arah atas pada lewat hari Jumaat selepas cubaab rampasan kuasa di Turki sebagai pelabur cuba untuk bergantung pada dolar.Walaubagaimanapun,harga tidak berjaya untuk melakukan penembusan atas tahap 96.70 dimana kita mempunyai triple top.
Garisan biru - saluran arah tepi
Garisan merah - kadar dagangan jangka masa panjang
Indek dolar melakukan triple top pada tahap 96.70 dan penolakkan disini sudah pasti akan bergerak ke arah tahap 95.50 dan kemungkinan besar lebih rendah jika sempadan rendah ditembusi.Sokongan jangka masa pendek sedang berada pada tahap 96.30.Jika rintangan ditembusi kita perlu menjangkakan kenaikkan mendadak ke arah tahap 97.70.
Garisan merah - rintangan (ditembusi)
Graf mingguan pada minggu lepas menguji sokongan oleh kijun-sen (indikator garisan kuning) dan pembalikkan pergerakkan yang tinggi adalah disebabkan cubaan rampasan kuasa di Turki pada Jumaat lepas.Harga ditutup didalam Kumo mingguan dan minggu ini dagangan dimulakan pada sempadan rendah Kumo mingguan.Rintangan sedang dilihat berada pada tahap 96.70 dan sokongan berada pada tahap 95.80.