Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan akan meneruskan pergerakan menaik. Pergerakkan menaik pada pasangan mata wang ini telah dipercepatkan selepas harga menembusi di atas garis menurun aliran dan berkemungkinan akan menguji rintangan paling hampir yang terletak pada tahap 0.9855. Indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas tahap neutral 50 dan menunjukkan momentum menaik. Kenaikkan purata pergerakkan tempoh 50 ini memainkan peranan sebagai sokongan. Dari segi ekonomi, di Amerika Syarikat, jualan runcit meningkat sebanyak 0.6% bulan ke bulan pada Jun (berbanding ramalan yang mengunjurkan + 0.1%), IHP meningkat 0.2% bulan ke bulan (berbanding + 0.3% pada ramalan), dan 1.0 % tahun ke tahun (berbanding + 1.1% pada ramalan) pada Jun, pengeluaran industri meningkat 0.6% bulan ke bulan pada Jun (berbanding + 0.3% pada ramalan), New York Fed's Empire Manufacturing Index mencatatkan 0.55 pada Julai ( berbanding 5.00 pada ramalan), dan Indeks Sentimen Pengguna University of Michigan mencatatkan 89.5 pada Julai (berbanding 93.5 pada ramalan).
Selagi tahap harga 0.9780 bertindak sebagai sokongan, maka perhatikan pergerakkan kenaikkan yang selanjutnya ke arah tahap 0.9875 dan juga ke tahap 0.99 dalam lanjutan.
Tahap Rintangan: 0.9875, 0.9900, 0.9945
Tahap Sokongan: 0.9760, 0.9735, 0.9700