Gambaran makro global untuk 19/07/2016:
Laporan Sentimen Ekonomi ZEW untuk zon euro telah dikeluarkan dan ia mencatatkan bacaan yang lebih teruk berbanding ramalan. Menurut Pusat Penyelidikan Ekonomi Eropah, pakar-pakar berkata bahawa keadaan ekonomi adalah lebih teruk daripada sebelumnya. Indeks Sentimen Ekonomi memasuki wilayah negatif mencatatkan -6.8 mata berbanding 8.2 mata pada ramalan dan 19.2 mata terlebih dahulu. Selain itu, indeks Situasi Semasa turun di bawah paras lima puluh dengan hanya 49.8 mata dicatatkan(berbanding ramalan 51.8 dan 54.5 sebelumnya). Sebab utama yang mendorong kepada sentimen negatif adalah, sudah tentu, Brexit dan kebimbangan mengenai eksport dan sistem perbankan/kewangan Eropah. Kesimpulannya, data ZEW mungkin merupakan isyarat pertama untuk kemerosotan ekonomi zon euro sekali lagi.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/GBP pada carta harian. Pasaran masih didagangkan di atas semua purata pergerakkan dan aliran menaik dilihat masih mendominasi pasaran. Selain itu, satu lagi tahap harga rendah yang lebih tinggi mungkin akan dibuat pada tahap 0.8249 dan tahap itu kini akan bertindak sebagai sokongan teknikal. Rintangan paling hampir dilihat terletak pada tahap 0.8469.