Gambaran makro global untuk 21/07/2016:
Peserta pasaran kini sedang menunggu kenyataan Bank Rizab New Zealand yang telah menunjukkan perubahan dalam dasar monetari dan meningkatkan kemungkinan untuk pemotongan kadar faedah oleh RBNZ pada mesyuarat akan datang dijadualkan akan berlangsung pada Ogos. Terdapat sebaris ayat penting dalam kenyataanya, yang berbunyi: "Kadar pertukaran yang tinggi akan menambahkan lagi tekanan kepada sektor tenusu dan pembuatan dan, bersama-sama dengan kadar inflasi global yang melemah, akan menyebabkan inflasi ke atas barangan dagangan." Kesimpulannya, dasar itu mengesahkan jangkaan pasaran dan semua pelabur global kini sedang menunggu mesyuarat RBNZ yang seterusnya.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pada pasangan mata wang NZD/USD untuk carta harian. Aliran penurunan harga dilihat telah berjaya menembusi sokongan utama yang terletak pada tahap 0.7052 dan kini pasaran dilihat sedang menguji tahap ini dari bawah. Harga masih berdagang di atas DMA 55, 100 dan 200, oleh yang demikian prospek dagangan bagi pasangan mata wang ini kekal berpihak kepada aliran kenaikkan harga. Hanya penembusan harga yang berterusan di bawah tahap 0.6672 akan mengubah kecenderungan harga kepada aliran menurun.