Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Perak kini diramalkan akan berdagang lebih tinggi ke tahap $ 19.75, selepas harga menembusi bahagian dasar sekitar tahap $ 19.25 semalam. Perak kelihatan akan membuat pergerakkan mendatar pada masa sekarang, setelah menguji tahap $ 19.20/25, dan ia perlu mengukuh untuk menghasilkan corak harga tinggi yang lebih rendah berhampiran tahap $ 21.13. Sila ambil perhatian bahawa bahagian dasar yang bermakna telah mengambil tempat pada tahap $ 21.13, dan aliran penurunan harga akan kekal mendominasi pasaran sealgi harga kekal berdagang dalam aliran menurun. Struktur gelombang juga menunjukkan bahawa pergerakkan mendatar kini sedang dibangunkan, dan para pedagang perlu memerhatikan peralihan tahap lebih rendah perak sekitar tahap $ 20.75/80. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan melihat peluang untuk mengambil tawaran menjual pada tahap harga yang lebih tinggi; pedagang agresif boleh mula mengambil pesanan membeli dengan risiko ditetapkan di bawah tahap $ 19.25. Sokongan interim serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 19.20, manakala rintangan adalah pada tahap $21.13.
Cadangan Perdagangan:
Pedagang agresif disarankan untuk kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop loss di bawah tahap $ 19.25. Pedagang konservatif pula disarankan untuk mengambil pesanan menjual pada tahap $ 20.75/80.
Semoga berjaya!