Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF terus didagangkan mendatar dalam struktur segitiga dengan menetapkan rintangan lebih rendah dan sokongan yang berterusan. Rantau sokongan seolah-olah terletak sekitar tahap 1.2875/80 manakala rintangan telah menurun daripada tahap 1.3200. Pasangan mata wang ini diramalkan akan didagangkan pada tahap 1.2930 buat masa ini dan perlu mencari peluang untuk menembusi lebih tinggi tetapi harga perlu ditolak di atas tahap 1.3050 untuk pengesahan. Struktur gelombang masih menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini dijangkakan akan menolak lebih tinggi melalui tahap 1.3250, yag mana ia adalah merupakan rintangan utama pada jangkamasa yang lebih tinggi (4H, tidak dilihat di sini). Sila ambil perhatian bahawa tahap 1.2875 adalah pengakhiran bagi gelombang 4 pada kenaikkan gelombang 5 yang bermula daripada tahap 1.2500 lebih awal. Kenaikan harga perlu terus bersedia untuk mendominasi pasaran sehingga harga berdagang di atas tahap 1.2875 pada masa hadapan. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal dengan risiko terletak di bawah tahap 1.2850. Rintangan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.3200, manakala sokongan pada tahap 1.2875, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.2850, dan sasaran pada tahap 1.3250.
Semoga berjaya!