Analisis teknikal bagi Emas untuk 29 Julai 2016

Harga emas sedang menunjukkan tanda-tanda pada pembalikkan daripada kawasan sasaran pada tahap $1,350.Penurunan perlu untuk ditembusi bawah tahap $1,320 bagi senario penurunan untuk berlaku.Emas dijangkakan untuk bergerak rendah ke arah tahap $1,250-70.

Garisan merah - garisan sokongan

Harga emas sedang didagangkan atas Ichimoku cloud.Sokongan jangka masa pendek sedang berada pada tahap $1,328 dan rintangan sedang berada pada tahap $1,345.Penembusan bawah tahap $1,325 akan menjadi petanda penurunan sebagai harga akan menembusi bawah cloud dan garisan sokongan merah.Sasaran seterusnya adalah pada tahap 61.8% anjakkan Fibonacci daripada kenaikkan daripada tahap $1,200.

Graf harian sedang bertahan atas tenkan sen harian (indikator garisa merah) pada tahap $1,327.Penutupan harian bawah tahap tersebut akan menolak harga ke arah kijun-sen harian (indikator garisan kuning) pada tahap $1,314.Hasil yang berkemungkinan adalah penolakkan ke arah sokongan cloud harian berhampiran tahap $1,290.Penembusan dan penutupan mingguan atas tahap $1,350 akan meningkatkan peluang untuk melakukan tahap tinggi yang baru atas $1,375.