Indeks Dollar terus diniagakan lebih rendah terutamanya selepas mendapat tekanan daripada pasangan mata wang USDJPY. Indeks Dollar telah menunjukkan tanda-tanda penembusan harga palsu dan ini adalah aliran penurunan harga bagi jangka pendek dan jangka sederhana. Saya kekal percaya bahawa selagi harga berdagang di bawah 96.70-97, kita harus menjangkakan pembetulan yang lebih dalam ke arah tahap 95.
Grafilin mingguan adalah graflilin pembalikan penurunan harga telah ditolak di sempadan atas cloud dan menembusi di bawah cloud nipis. Indikator mingguan Kijun dan Tenkan-sen bakal diuji minggu hadapan. Pembentukan harga semasa memberikan lebih banyak peluang untuk pembetulan harga yang lebih dalam ke arah tahap 95. Prospek penurunan harga akan terbatal jika harga berjaya diterbalikkan lebih tinggi di atas tahap 97.