Analisis Harian USDX untuk 02 Ogos, 2016

Indeks USDX dilihat sedang melantun semula di atas tahap sokongan 95.51 dan ia berkemungkinan akan menguji zon rintangan pada tahap 95.93 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Struktur keseluruhan masih melemah, kerana indeks didagangkan di bawah SMA 200 pada carta H1 dan sasaran untuk aliran penurunan harga yang seterusnya selepas penembusan harga yang lebih rendah berkemungkinan akan berada pada tahap 95.02. Walau bagaimanapun, jika indeks berjaya menembusi tahap 95.93, maka harga berpotensi untuk melonjak ke arah tahap 96.36.

Tahap Rintangan Carta 1H: 95.93 / 96.36

Tahap Sokongan Carta 1H: 95.51 / 95.02

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 95.51, take profit di tahap 95.02 dan stop loss pada tahap 96.01.