Ramalan Bagi EUR/USD pada 17 Januari, 2013

Data komprehensif mengenai pengeluaran perindustrian AS telah diumumkan semalam. Pengeluaran oleh kilang-kilang di AS meningkat melebihi ramalan pada bulan Disember. Kapasiti penggunaan meningkat sebanyak 78.8 peratus pada bulan Disember berbanding ramalan 78.6% dari semakan semula 78.7 peratus pada bulan sebelumnya. Pengeluaran industri meningkat 0.3% berbanding unjuran 0.2%.

Berita mengenai Boeing 787 Dreamliner melakukan pendaratan cemas telah mempengaruhi pasaran di Jepun. Terdahulu, dilaporkan bahawa telah berlaku kebakaran pada salah satu daripada pesawat syarikat ini di Boston. Saham Boeing jatuh sebanyak 3.2%. Mempengaruhi kelemahan di dalam Purata Perindustrian Dow Jones. Keadaan ini telah diimbangi oleh Goldman Sachs Group Inc (GS), sebagai mana ia menambah sebanyak 4.1% selepas bank mengaut keuntungan hampir tiga kali ganda. Hasilnya, Purata Perindustrian Dow Jones merosot 0.18% dan euro, 15 mata asas. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan pada hari Rabu memeriksa kesemua pesawat Boeing 787 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan AS sehingga pesawat terbukti selamat untuk terbang.

Data AS yang diumumkan pada hari ini juga amat penting. Pada pukul 17:30 GMT +4 Tuntutan Pengangguran dan permit Bangunan dan Pembinaan Rumah yang bermula dari bulan Disember akan diketahui. Bilangan Tuntutan awal pengangguran dijangkakan menjadi 369 berbanding 371; Pembinaan Perumahan pula dijangkakan akan meningkat daripada 860,000 kepada 890,000 pada bulan November; Permit Bangunan juga diramalkan akan meningkat dari 900,000 kepada 910,000 pada bulan November. Pada 19:00 GMT +4 Indeks Fed Philadelphia akan menjadi 7.1 berbanding 8.1 pada bulan Disember.

Sekiranya data adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan, ia adalah berkemungkinan bahawa pelabur mula merancang sesuatu mengenai data KDNK China yang akan diumumkan pada hari esok (06:00 GMT +4). Biro Perangkaan Negara mungkin melaporkan bahawa keluaran dalam negara kasar berkembang sebanyak 7.8% pada suku keempat berbanding tahun sebelumnya. Ia merupakan tiga tahun rendah sebanyak 7.4% pada suku ketiga.

Dalam tempoh terdekat ini, kami menjangka bahawa pasaran akan mempunyai prospek kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, isu yang paling relevan adalah isu fiskal. Disebabkan oleh ketidaktentuan tebing fiskal, pasaran mempunyai prospek penurunan harga dalam jangka sederhana.

Sekiranya data hari ini tidak melebihi daripada apa yang dijangkakan, pembangunan garisan sokongan pada carta 4H adalah kemungkinan untuk bergerak hingga ke tahap 1.3350. Dan jika berita dari China tidak mengecewakan, kenaikan harga boleh diteruskan sehingga ke tahap 1.3390 - 1.34000. Dalam jangka panjang, kami menjangkakan penurunan ke tahap 4H, iaitu pada tahap 1.3230 dan 1.3030 dalam jangka pendek.

Jika data AS adalah lemah, sasaran pada tahap 1.3230 boleh ditembusi pada hari ini.