Harga emas telah ditolak pada tahap tinggi terdahulu dan pada tahap rintangan $ 1,375 dan harga kini sedang ditarik semula. Lonjakan kenaikkan harga daripada tahap $ 1,310 kelihatan seperti impulsif, oleh yang demikian kami akan menjadikan penarikan semula harga ini sebagai salah satu pembetulan sebelum kenaikkan yang seterusnya selepas ini. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,310 akan membuka jalan bagi harga bergerak ke arah tahap $ 1,250.
Garis merah - sokongan jangka pendek
Harga emas telah menembusi di bawah garis arah aliran sokongan jangka pendek dan bergerak lebih rendah. Harga kekal berdagang di atas Kumo dan masih belum mencapai Tahap penarikan semula 38% Fibonacci. Sasaran yang paling mungkin adalah pada tahap Penarikan semula 61.8%. Penembusan harga di bawah cloud dan Penarikan semula Fiboancci 61.8% akan dapat meningkatkan peluang untuk harga menembusi di bawah tahap $ 1,310 dan satu lagi pergerakan menurun akhir ke tahap $ 1,250.
Garis melintang merah - tahap rintangan terdahulu
Garis biru - saluran menaik jangka sederhana
Harga emas kini dilihat sedang diterbalikkan daripada tahap tinggi dan menguji Kijun dan Tenkan Sen harian (indikator garis kuning dan merah) Kijun dan Tenkan-sen harian adalah sangat berkemungkinan. Sokongan jangka sederhana didapati terletak pada tahap $ 1,280 di mana kita menemui Kumo dan sempadan saluran harga yang lebih rendah. Penembusan harga di atas tahap $ 1,369 akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap $ 1,425.