Analisis makro global untuk 04/08/2016:
Bank of England telah menurunkan kadar faedah kepada rekod tahap yang rendah 0.25% pagi ini dan ini adalah pemotongan pertama sejak 2009. Selain itu, BoE juga telah menambah rangsangan kepada 170bln pound dibiayai oleh wang yang baru dicetak: 60bln pound lebih banyak pelonggaran kuantitatif dalam bentuk pembelian hutang kerajaan, 10bln pound untuk pembelian bon korporat dan sehingga 100bln pound bagi skim pembiayaan jangka baru untuk bank. Majoriti MPC berkata BoE berkemungkinan akan menurunkan kadar lebih rendah (di atas sifar). Ramalan mengenai ekonomi UK adalah tidak optimis, walau bagaimanapun setakat ini, UK sedang berusaha untuk mengatasi krisis kemelesetan. KDNK telah dikurangkan kepada 0.8% pada tahun 2017.
Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang GBP/USD pada carta harian selepas pemotongan kadar faedah oleh BoE. Pasaran berdagang di bawah kesemua purata pergerakkan dan jatuh ke arah sokongan seterusnya pada tahap 1.3058. Walau bagaimanapun, harga masih berdagang dalam zon kesesakan dan masih belum terdapat penembusan harga yang jelas sehingga kini.