Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD gagal menembusi tahap sokongan 0.7141. Oleh itu, pasangan mata wang ini telah membentuk sokongan kecil pada tahap 0.7141. Sokongan kuat dilihat terletak pada tahap 0.7106 sebagaimana ia mewakili sokongan mingguan 1. Tidak kurang pentingnya, RSI dan purata pergerakkan (100) masih memanggil untuk aliran menaik. Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga pada tahap 0.7141 di dalam carta 1H. Juga, jika akiran harga ini mengukuh, maka kekuatan pasangan mata wang akan ditakrifkan seperti berikut: NZD adalah dalam aliran menaik dan USD adalah dalam aliran menurun. Tawaran membeli di atas sokongan kecil pada tahap 0.7141 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 0.7220 (harga ini adalah bersamaan dengan nisbah 88.2% Fibonacci), dan terus ke arah tahap 0.7255 (double top). Selain itu, adalah diingatkan bahawa harga masih berdagang di atas tahap sokongan 0.7141 dan 0.7106. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 0.7141, yang mana ia adalah bertepatan dengan nisbah emas (61.8% Fibonacci). Sementara itu, jika harga menutup di bawah tahap sokongan pertama, lokasi yang terbaik untuk pesanan stop loss dilihat berada di bawah tahap 0.7100; oleh itu, harga akan jatuh ke dalam pasaran yang kurang memberangsangkan untuk pergi lebih jauh ke arah sokongan kuat pada tahap 0.6957 untuk menguji. Tambahan pula, tahap 0.6957 akan membentuk double bottom. Tetapi secara keseluruhan, kita masih memilih senario kenaikkan harga sebagaimana aliran penurunan masih kuat untuk menyokong ramalan kami dimana harga berkemungkinan akan melonjak tinggi pada hari ini.