Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD jatuh mendadak daripada tahap ke arah 1.1160. Sekarang, harga yang ditetapkan pada tahap 1.1095 akan bertindak sebagai titik pangsi harian. Adalah harus diperhatikan bahawa volatiliti pasangan kini adalah sangat tinggi bagi pasangan mata wang ini; EUR/USD masih berdagang di antara tahap 1.1127 dan 1.1062 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Selain itu, harga telah ditetapkan di bawah rintangan kuat pada tahap 1.1160 dan 1.1127, yang mana ia masing-masing bertepatan dengan tahap rintangan utama dan 61.8% Penarikan semula Fibonacci. Selain itu, harga kini dilihat sedang berada di dalam saluran penurunan harga. Di tengah-tengah peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih dalam aliran menurun. Dari sudut ini, pasangan mata wang EUR/USD ini sedang meneruskan pergerakkan dalam aliran menurun daripada tahap rintangan baru 1.1127. Kemudian, harga spot pada tahap 1.1160-1.1127 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan mempunyai momentum Penurunan harga yang agak meyakinkan dan struktur menurun tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Dalam usaha untuk menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.1127, adalah disyorkan untuk menjual di bawah tahap 1.1127 dengan sasaran pertama masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1062 dan 1.1022. Jika pasangan mata wang EUR/USD ini gagal untuk menembusi tahap sokongan 1.1022 pada minggu ini, maka pasaran diramalkan akan jatuh ke tahap 1.0958. Pasangan mata wang ini dijangka akan jatuh lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.0958 (double bottom dilihat pada tahap 1.0958). Walau bagaimanapun, stop loss perlu diletakkan di atas tahap 1.1199.