Analisis teknikal NZD/USD untuk 30 Ogos, 2016

NZD/USD dijangka diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagai rintangan utama pada 0.7290. pasangan tersebut gagal untuk menembusi di atas rintangan yang berhampiran pada 0.7290, dan kekal di bawah tekanan di bawah tahap ini, diman perlu menghadkan potensi menaik. Walaupun kesinambungan lantunan teknikal tidak boleh diketepikan, pergerakan harus terhad. Kesimpulannya, selagi 0.7290 tidak ditembusi, prospek urusniaga harian kekal negatif dengan sasaran ke bawah pada 0.7205. Satu penembusan di bawah tahap ini akan membuka pergerakan untuk meneruskan penurunan ke arah sokongan seterusnya pada 0.7180.

Pasangan sedang didagangkan di bawah pivot point. Ia adalah mungkin untuk berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi ianya kekal bawah pivot point. Kedudukan menjual dicadangkan dengan sasaran pertama pada 0.7205. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan mengerakkan pasangan terus ke bawah pada 0.7180. Pivot point kekal berada pada 0.7290. Sekiranya harga bergerak dalam arah yang bertentangan dan melantun semula dari tahap sokongan, ia akan bergerak di atas pivot point tersebut. Ia adalah untuk terus bergerak ke atas. Menurut senario tersebut, kedudukan beli dicadangkan dengan sasaran pertama pada 0.7340 dan yang kedua, di 0.7380.

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7380, 0.7410

Tahap sokongan: 0.7205, 0.7180, 0.7120