Pound telah berdagang di dalam julat harga yang sempit semalam akibat daripada menunggu maklumat penting yang bakal diumumkan pada hari ini.
Pada jam 13:30 GMT +4 Data mengenai Pengeluaran Perindustrian UK akan diumumkan. Ia adalah dijangkakan akan berkembang sebanyak 0.9% berbanding 0.3% pada bulan November. Pengeluaran perkilangan pula meningkat sebanyak 0.8% berbanding penurunan 0.3% pada bulan November.
Imbangan dagangan UK bulan Disember juga akan diketahui pada hari ini. Imbangan dagangan nyata dijangkakan akan menjadi -8.9 bln GBP terhadap -9.164 bln GBP pada November. Imbangan dagangan Bukan EU pula dijangkakan akan menjadi -4.2 bln GBP berbanding -4.519 bln pada bulan November. Ramalan Jumlah Imbangan dagangan sebanyak 3.2 bln GBP terhadap 3.4 bln GBP pada November.
Pada jam 16:00 GMT 4 Pengumuman mengenai Kadar ECB akan diketahui.
Pada jam 19:00 GMT +4 Institut Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (NIESR), akan mengumumkan anggaran KDNK.
Hari ini Mark Carney akan berucap di Parlimen UK. Berkemungkinan bahawa dia akan berucap serentak mengenai dasar kerajaan BOE.
Dari sudut pandangan teknikal, tiada apa yang telah berubah dari segi harga mata wang pound. Harga terus bergerak ke arah bawah di bawah saluran garisan Fibonacci dan berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menurun selepas harga mengukuh di bawah tahap pembetulan 123.6% Fibonacci pada 4H (1.5646). Sekiranya harga mengukuh di tahap yang lebih rendah iaitu pada 1.5646, maka, pergerakan menurun boleh dimulakan dengan meletakkan sasaran pada tahap 1.5620, 1.5577, dan 1.5555 (sokongan pada garisan saluran Fibonacci). Tetapi, semasa pasangan mata wang sedang bergerak ke arah sasaran penurunan harga pada 4H, tahap sokongan harus diletakkan pada garisan arah aliran jangka masa harian, 1.5605/18; melepasi tahap tersebut melalui tahap sasaran terbuka pada 1.5577 dan 1.5555.
Sekiranya data adalah kukuh, pergerakan kenaikkan harga jangka pendek di tahap 1.5695 pada 4H adalah bermungkinan. Tunggu maklumat penting yang bakal diumumkan pada hari ini.