Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang EURUSD kini kelihatan seolah-olah akan dinigakan pada tahap 1.1245, mencari peluang untuk membentuk bahagian lebih rendah berhampiran tahap 1.1280 dan harga telah ditarik sedikit lebih rendah. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini telah jatuh daripada tahap rintangan interim 11.325 sebelum ini. Selain itu, ia telah menghasilkan 3 gelombang pembetulan aliran kaunter yang seolah-olah telah ditamatkan pada tahap 1.1278 semalam. Struktur gelombang menunjukkan bahawa pasangan mata wang EURUSD ini harus kekal berdagang di bawah tahao 1.1280 dan aliran penurunan harga perlu kekal mendominasi pasaran pada sesi dagangan seterunsnya. Unjuran bagi penurunan harga minimum adalah pada tahap 1.1150 sebelum penarikan semula harga yang ketara berlaku. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual, dengan menetapkan risiko di atas tahap 1.1350. Rintangan serta-merta dilihat berada pada tahap 1.1325, manakala sokongan pada tahap 1.1190.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual pada masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop loss di atas tahap 1.1350, mensasarkan sekurang-kurangnya ke tahap 1.1150.
Semoga berjaya!