Analisis teknikal USDX untuk 26 September, 2016

Indeks Dollar dijangka terus tidak stabil kerana harga terus berdagang dalam corak segi tiga. ARah aliran kekal neutral. Tiada pergerakan yang jelas untuk jangka sederhana. Pedagang perlu bersabar dan berhati-hati.

Garisan hijau -sokongan jangka pendek (ditembusi)

Garisan Biru - garis sokongan arah aliran jangka panjang

garisan hitam - rintangan mendatar

Garisan biru gelap - garisan arah aliran rintangan

Indeks Dollar kekal di atas garisan kritikal biru pada garis sokongan tetapi meneruskan pergerakan yang tidak menentu di sekitar 4 jam Ichimoku cloud. Tindakan harga mengesahkan arah aliran neutral. Ini merupakan fasa ayang akan mnegecewakan pedagang jangka pendek kerana kebanyakan isyarat jangka pendek adalah palsu. Oleh yang demikian kita perlu memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar pada tahap sokongan dan rintangan jangka panjang.

Garisan hijau - garis arah aliran sokongan

Graf lilin mingguan ditutup di bawah Tenkan-sen (penunjuk garisan merah). Harga kekal di bawah Ichimoku cloud mingguan tetapi diatas sokongan garis hijau jangka panjang. Satu penembusan di bawah 94.60 akan menjadi isyarat menurun utama ketika penembusan diatas rintangan Ichimoku cloud pada 96.50 akan menjadi isyarat kenaikan harga. Pedagang perlu menunggu pergerakan pasaran atau membuat keputusan bertentangan pada tahap ini.