Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan melanjutkan lantunan semula harga. Pasangan mata wang ini telah merekodkan kejayaan tahap harga tinggi yang lebih tinggi dan tahap harga rendah lebih tinggi, sekaligus mengesahkan prospek dagangan positif. Kenaikkan pada purata pergerakkan (MA) tempoh-20- dan 50 memainkan peranan sebagai sokongan dan harus menolak harga ke paras lebih tinggi. Asas sokongan pada paras harga 130.30 telah dibentuk dan harus menghadkan potensi penurunan harga. Di samping itu, indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas tahap neutral 50 dan kelihatan tidak mempunyai momentum penurunan harga. Selagi paras harga 130.30 kekal melindungi aliran menurun, maka perhatikan pergerakkan kenaikkan harga yang selanjutnya ke arah paras harga 131.35 dan juga 131.95 dalam lanjutan.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 131.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 131.95. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 129.95 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 129.65. Titik pangsi terletak pada tahap 130.30.
Tahap Rintangan: 131.35, 131.95, 132.45
Tahap Sokongan: 130.05, 129.65, 129.10