Analisis teknikal NZD/USD untuk 07 Oktober, 2016

NZD/USD dijangka diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga sebagai rintangan utama berada di tahap 0.7200. Pasangan tersebut mencatatkan beberapa lantunan teknikal, tetapi masih didagangkan di bawah rintangan utama pada 0.7200, yang mengekalkan tekanan jualan yang kukuh. Sementara itu, indeks kekuatan relatif adalah di atas kawasan neutral pada 50, tetapi tidak mempunyai momentum menaik. Kesimpulannya, selagi tahap 0.7200 tidak ditembusi, pasangan tersebut mungkin menurun ke tahap 0.7100 pada mulanya. Jika berlaku penembusan harga, mencari penurunan seterusnya pada 0.7060 adalah berkemungkinan.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah pivot point. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7100. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7060. Pivot point kekal berada pada tahap 0.7200. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7250 dan sasaran kedua pada tahap 0.7300.

Tahap rintangan: 0.7250, 0.7300, 0.7330

Tahap sokongan: 0.7100, 0.7060, 0.7005