Harga emas terus berdagang dalam saluran penurunan harga walaupun melantun dari $ 1,241 kepada $ 1,266. Pembentukan harga semasa menggambarkan perhentian sementara untuk arah aliran menurun dan tahap rendah baru ke arah $ 1,215. Walau bagaimanapun, ini akan berubah sekiranya kita melihat penembusan harga di atas $ 1,266.
Garisan biru gelap - saluran penurunan harga
Harga adalah di bawah Ichimoku cloud dan dalam saluran menurun. penurunan harga telah berhenti di atas 78.6% Anjakan Fibonacci dimana kenaikan dari $ 1,200 hingga $ 1,375. sokongan jangka pendek adalah pada $ 1,255 manakala rintangan ialah pada $ 1,266.
Pergerakan penurunan harga mingguan telah berhenti pada 38% Anjakan Fibonacci dimana secara keseluruhan meningkat dari $ 1045. Lantunan perlu berlaku pada tahap ini tetapi jika kita menmebusi tahap terendah baru, harga akan berada dalam bahaya untuk mencapai tahap $ 1,214 dan sokongan Ichimoku cloud mingguan dan juga 50% Anjakan Fibonacci. Pandangan saya untuk pergerakan jangka panjang kekal menaik. Pergerakan ke bawah boleh membawa harga yang lebih ke arah $ 1,170 tetapi ini akan menjadikan pergerakan menaik.