Analisis teknikal USDX untuk 25 Oktober 2016

Indeks dolar AS didagangkan dalam saluran kenaikan harga. Terdapat beberapa tanda amaran bahawa antara tahap 98.50-99 perlu menjangkakan penarikan semula harga seperti tahap terlebih beli dan beberapa isyarat divergence telah diberikan. Ini bukan masanya untuk membeli dolar.

Garisan hijau - saluran kenaikan harga

Garisan merah - sokongan jangka panjang

Sokongan jangka pendek didapati pada 98.25 manakala rintangan berada pada 99.45. Harga kekal di atas sokongan jangka pendek yang digambarkan oleh Tenkan-Sen (petunjuk garisan merah). Graf lilin 4 jam menutup di bawah Tenkan-Sen dimana akan memberi isyarat penurunan harga untuk melakukan pergerakan ke arah sempadan saluran yang lebih rendah dan Kijun-Sen (penunjuk garisan kuning) pada 98.25.

Garisan merah - julat dagangan jangka panjang

Garisan hijau - garis arah aliran sokongan

Pada asas mingguan, arah aliran kekal mengukuh selepas penembusan harga pada tahap 96.50. Rintangan pada 99.50 dan sokongan untuk arah aliran kenaikan harga pada 95. penarikan semula harga ke arah 96.50 adalah bersesuaian. Walau bagaimanapun, penolakan harga di bawah dan di dalam Kumo cloud akan menjadi isyarat menurun. Kenaikan harga tidak melakukan penembusan di bawah garisan sokongan hijau. Ini akan menggambarkan tahap 92 akan diuji.