Analisis teknikal USDX untuk 3 November, 2016

Indeks Dollar meneruskan aliran menurun ke tahap terendah baru yang lebih rendah semalam berhampiran dengan sasaran 96.50 dan sokongan kritikal. Beberapa petunjuk jangka pendek adalah terlebih jual,oleh itu kita dapat melihat lantunan dan kekuatan Dolar untuk dua hari.

Garisan hitam - saluran penurunan harga

Isyarat divergence kenaikan harga oleh oscillators telah ditunjukkan pada carta 4-jam. Harga perlu memulakan lantunan yang tidak lama lagi berlaku ke arah sempadan saluran atas berhampiran 97.60-97.70. Pergerakan jangka serdehan kekal dengan penurunan harga indeks Dollar kerana saya percaya tahap tinggi utama telah dibuat di atas 99. Senario pergerakan untuk kenaikan harga Dollar apabila Dollar menembusi saluran menurun dan mencapai Ichimoku cloud pada 9.30 dan dapat ditolak di sana.

Garisan merah - julat dagangan

Garisan hijau - garisan sokongan

Carta mingguan kekal dengan pergerakan menurun dimana gambaran harga menunjukkan arah aliran menurun baru sahaja bermula. Saya melihat sebarang lantunan harga akan memberi peluang untuk menjual semula Indeks Dollar kerana saya mengharapkan garisan sokongan hijau untuk diuji dan ditembusi akhirnya. Penembusan harga pada tahap garisan sokongan hijau akan meningkat dengan ketara bagi penolakan harga di bawah 92.