Analisis harian emas untuk 16 November , 2016

Gambaran Keseluruhan

Harga emas meneruskan pergerakan yang tidak menentu dalam julat yang mendatar di antara sokongan 1,211.31 dan rintangan 1,249.94. Oleh itu, kita masih mengekalkan gambaran neutral sehingga harga berjaya melepasi tahap ini dan mengesan saluran pergerakan seterusnya dengan jelas. Ambil perhatian bahawa, penembusan harga pada tahap 1,211.31 ini akan meneruskan penuruan harga dengan mensasarkan penembusan di sekitar tahap 1,172.68; manakala melanggar tahap 1,249.94 mewakili faktor positif pada permulaan menyokong percubaan bagi mendapatkan semula arah aliran kenaikan harga utama. sasaran kenaikan harga akan bermula pada 1,297.74 dan meneruskan pergerakan ke arah tahap atas yang dicatatkan sebelum ini pada 1,375.00. julat dagangan dijangka untuk hari ini adalah antara sokongan 1,211.00 dan rintangan 1,249.94.