Analisis teknikal GBP/JPY untuk 09 Disember , 2016

GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan tersebut sedang didagangkan di bawah rintangan pada 144.75, yang sepatutnya menghadkan percubaan kenaikan harga. Momentum ke bawah diperkukuhkanlagi dengan penurunan 50 moving average, yang mengekalkan pergerakan menurun. Selain itu, indeks kekuatan relatif adalah di bawah kawasan berkecuali pada 50, dan tidak mempunyai momentum menaik. Sebagai kesimpulan, selagi tahap 144.75 tidak ditembusi, pasangan tersebut mungkin akan menurun kepada 143.30 dan kemudian kepada 142.70.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah pivot point. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah pivot point tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 143.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 142.70. Pivot point kekal berada pada tahap 144.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas pivot point, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 145.15 dan sasaran kedua pada tahap 145.70.

Tahap rintangan: 145.15, 145.70, 146.35

Tahap sokongan: 143.30, 142.70, 141.50