Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Disember, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan positif sebagaimana pergerakan harga ini disokong oleh garis aliran yang semakin menaik. Pasangan mata wang itu kekal diniagakan dalam aliran menaik, disokong oleh garis arah aliran menaik sejak 14 Disember. Moving Average tempoh 20 masih berada di atas tahap neuteal 50, dan indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas tahap neutral 50. Oleh itu, selagi harga tidak menembusi pada tahap 117.75 untuk bergerak lebih rendah, lantunan harga yang seterusnya dijangka dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 118.65 dan 119.05.

Cadangan Perdagangan: Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.65 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 119.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 117.20 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 116.65. Titik pangsi terletak pada tahap 117.75.

Tahap Rintangan: 118.65, 119.05, 119.60

Tahap Sokongan: 117.20, 116.65, 116.35