Analisis teknikal NZD/USD untuk 30 Disember , 2016

Pasangan mata wang NZD/USD menunjukkan pergerakan menaik yang disokong oleh garis arah aliran yang semakin menaik. Pasangan mata wang tersebut telah disokong oleh garis arah aliran menaik sejak 28 Disember Indeks kekuatan relatif kekal mengukuh di atas tahap neutral pada 50 tanpa sebarang isyarat pembalikan harga. Oleh itu, selagi tahap 0.6945 tidak melakukan penembusan harga ke bawah, pasangan mata wang tersebut dijangkan akan mencatatkan lantunan semula untuk mencabar tahap 0.6975 pada awalnya.

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6975 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6990. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6930 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6915. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6945.

Tahap rintangan: 06975, 0.6990, 0.6715

Tahap sokongan: 0.6930, 0.6915, 0.6865