Sewaktu dagangan hari pertama 2017, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berjaya mengukuh di bawah SMA 200 pada carta 1H, sebagaimana zon rintangan yang terletak pada tahap 1.2384 terus mengehadkan kenaikan untuk pasangan mata wang ini. Selain itu, 'moving average' kini menawarkan rintangan dinamik yang sangat kukuh. Jika kita melihat pergerakan harga di bawah tahap 1.2271, maka kita boleh menjangkakan aliran penurunan harga ke arah tahap 1.2222 akan berlaku.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.2327 / 1.2384
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.2271 / 1.2222
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.2271, take profit pada tahap 1.2222, dan stop loss pada tahap 1.2319.