Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat sedang didagangkan di bawah penurunan 'Moving Average' 20 dan 50, yang memainkan peranan sebagai tahap rintangan dan mengekalkan kecenderungan aliran penurunan harga. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah tahap neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Selagi tahap 144.50 ini melindungi aliran menaik, perhatikan pergerakkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 143.90 dan 143.55 dalam lanjutan.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 143.90. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 143.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 144.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 145 dan sasaran kedua pada tahap 145.30.
Tahap Rintangan: 145.00, 145.30, 145.60
Tahap Sokongan: 143.9, 143.55, 143.15