Analisis Teknikal USD/JPY untuk 03 Jan, 2017

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga sebagaimana pergerakkan harga disokong oleh garis aliran menaik. Pasangan mata wang kekal diniagakan dalam aliran menaik, disokong oleh garis aliran urusniaga harian menaik. Proses tahap harga tinggi yang lebih tinggi dan rendah tidak terjejas, yang perlu mengesahkan gambaran positif. Selain itu, kenaikan 'Moving Average' - 50 masih berperanan sebagai sokongan. Oleh itu, selagi tahap 117.15 ini masih belum ditembusi, perhatikan lantunan harga baru ke tahap 117.60 dan 117.80 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 117.60 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 117.80. Untuk senario alternatif, para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 116.90 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 116.70. Titik pangsi terletak pada tahap 117.15.

Tahap Rintangan: 117.60, 117.80, 118.05

Tahap Sokongan: 116.90, 116.70, 116.15