Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat sedang diniagakan di bawah rintangan, yang merupakan tahap mendatar urusniaga harian. Kedua-dua 'Moving Average' tempoh 20 dan 50 sedang bergerak menuju ke arah bawah dan memanggil penurunan harga yang seterusnya. Selain itu, indeks kekuatan relatif bercampur-campur kepada positif di atas paras neutral pada tahap 50. Oleh itu, selagi tahap 0.6925 ini tidak ditembusi, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mencari lantunan semula harga baru ke arah tahap 0.6885 dan 0.6860 dalam lanjutan.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6885. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6860. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6925. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6940 dan sasaran kedua pada tahap 0.6955.
Tahap Rintangan: 0.6940, 0.6955, 0.6975
Tahap Sokongan: 0.6885, 0.6860, 0.6835