Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan harga kerana rintangan utama berada di tahap 14.00. Pasangan mata wang tersebut masih dihadkan oleh moving average 50 , dan kekal di bawah rintangan utama pada 122.30. Sementara itu, indeks kekuatan relatif berada di sekitar kawasan berkecuali 50%, dan beralih kepada pergerakan menurun. Selagi tahap 141.00 kekal sebagai rintangan utama, penembusan harga di bawah tahap 139.15 adalah berkemungkinan.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 139.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 138.40. Titik pangsi kekal berada pada tahap 141.01. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 141.50 dan sasaran kedua pada tahap 142.00.
Tahap rintangan: 141.50, 142.00, 142.40
Tahap sokongan: 139.15, 138.40, 138