Pasangan mata wang USD/JPY diramal akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. pasangan mata wang tersebut mencatatkan pemulihan pengukuhan harga malam tadi dan penembusan harga di atas moving average 20 dan 50. Di samping itu, moving average 20 beralih ke atas dan penembusan harga di atas 50. Indeks kekuatan relatif bergerak ke atas tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga.
Oleh itu, selagi tahap 112.70 berada tahap sokongan, kenaikan harga di atas tahap 113.75 dan 114.05 mungkin akan berlaku.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 113.75 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 114.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 112.40 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 111.90. Titik pangsi terletak pada tahap 112.70.
Tahap Rintangan: 113.75, 114.05, dan 114.65
Tahap Sokongan: 112.40, 111.90,dan 111.60