Pasangan mata wang USD/JPY diramal akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 113.55. Walaupun pasangan mata wang tersebut melakukan anjakan dari tahap 114.15 ( 7 Mac ditahap atas), berdasarkan tahap sokongan 113.55 telah dibentuk dan menunjukkan penstabilan harga secara sementara. Indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum ke bawah. Walaupun kesinambungan daripada pengukuhan harga tidak boleh diketepikan,pergerakan adalah terhad.
Oleh itu, selagi tahap 113.55 tidak ditembusi,ramalan lantunana harga ke tahap 114.35. Penembusan harga di atas tahap ini akan meneruskan kenaikan harga baru ke tahap 114.60.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 114.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 114.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 113.30 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 113.00. Titik pangsi terletak pada tahap 113.55.
Tahap Rintangan: 114.35, 114.60, dan 115.00
Tahap Sokongan: 113.30, 112.75, dan 112.25