Analisis Harian USD/JPY Untuk 13 Mac , 2017

Gambaran Keseluruhan

Selepas melakukan lantunan harga, pasangan mata wang USD/JPY berdagang ke tahap yang lebih rendah selepas mencecah 115.50. Ini membolehkan harga menguji EMA50 dimana terdapat tahap sokongan bagi pasangan mata wang ini. Sila ambil perhatian stochastic menghampiri tahap terlebih jual sekarang. Tindakan harga meningkatkan ramalan kami bahawa pasangan mata wang ini akan menolak harga ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, kita berpegang kepada senario menaik melainkan jika harga menembusi tahap 113.97 dan kekal di bawahnya. Sasaran utama kami seterusnya berada pada 117.70. julat dagangan dijangka untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 114.00 dan tahap rintangan 116.00.