Analisis Teknikal GBP/JPY Untuk 14 Mac , 2017

Pasangan mata wang GBP/JPY diramal akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga di atas tahap 139.55. Walaupun pasangan mata wang tersebut melakukan anjakan dari tahap rintangan pada 140.55, dimana ia masih di atas kenaikan moving average 50-tempoh yang memainkan peranan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan menaik. Di samping itu, potensi penurunan harga adalah terhad dengan tahap sokongan utama pada 139.55. Kesinambungan pengukuhan harga tidak boleh diketepikan, tetapi pergerakan adalah terhad.

Oleh itu, selagi tahap 139.55 tidak ditembusi, kami menjangkakan kenaikan harga baru pada tahap 140.55 dan seterusya pada tahap 140.95.

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 140.55 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 140.95. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 139.30 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 139. Titik pangsi terletak pada tahap 139.55.

Tahap Rintangan: 140.55, 140.95, dan 141.25

Tahap Sokongan: 139.30,139.00, dan 138.45