Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 14 Mac, 2017

Pasangan mata wang NZD/USD diramal akan diniagakan dengan unjuran penurunan harga. Pasangan mata wang tersebut telah dihadkan oleh garis arah aliran menurun sejak 13 Mac, dimana ia mengesahkan gambaran penurunan harga. Momentum ke bawah diperkukuhkan lagi oleh penurunan moving average 20. Indeks kekuatan relatif menunjukkan penurunan harga, pergerakan menurun diteruskan.

Kesimpulannya, selagi tahap 0.6950 sebagai tahap rintangan,ramalan penurunan harga baru ke tahap 0.6885 dan seterusnya 0.6860 (tahap rendah 9 Mac)

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6885. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6560. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6950. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6970 dan sasaran kedua pada tahap 0.6995.

Tahap Rintangan: 0.6970, 0.6995, dan 0.7035

Tahap Sokongan: 0.68885, 0.6860, dan 0.6830