Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 20 Mac, 2017

Pasangan mata wang GBP/JPY kini sedang berada di bawah tekanan. Pergerakkan harga bagi pasangan mata wang ini dilihat masih dihadkan oleh aliran menurun Moving Average tempoh-20, yang masih di bawah Moving Average tempoh-50. Sementara itu, indeks kekuatan relatif kekal di bawah kawasan neutral pada paras 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Aliran urusniaga harian kekal ke arah bawah.

Selagi 139.85 kekal mengukuh sebagai rintangan utama, adalah diramalkan bahawa harga akan menembusi di bawah sokongan paling hampir pada tahap 138.85, pada mulanya. Penembusan harga di bawah tahap 138.85 berkemungkinan besar akan membolehkan penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 138.55.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 138.85. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 138.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 139.85. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 140.20 dan sasaran kedua pada tahap 140.50.

Tahap Rintangan: 140.20, 140.50, and 140.95

Tahap Sokongan: 138.85,138.55, and 138.00