Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan meneruskan pergerakan menaik. Pasangan mata wang ini telah mencatatkan paras harga tinggi yang lebih tinggi dan paras rendah yang lebih tinggi sejak 16 Mac lalu, sekaliggus mengesahkan prospek dagangan positif. Momentum kenaikkan harga yang seterusnya didorong oleh kenaikkan Moving Average tempoh-20 dan 50, yang memainkan peranan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan aliran menaik. Indeks kekuatan relatif kekal mengukuh di atas paras neutral 50.
Oleh itu, selagi 0.7000 melindungi aliran menurun, perhatikan pergerakkan harga yang selanjutnya ke tahap 0.7070 dan juga ke tahap 0.7085 dalam lanjutan.
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7070 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7085. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6980 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6965. Titik pangsi terletak pada tahap 0.7000.
Tahap Rintangan: 0.7070, 0.7085, and 0.7110
Tahap Sokongan: 0.6980, 0.6965, and 0.6935