Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 21 Mac , 2017

Pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan meneruskan pergerakan menaik. Pasangan mata wang tersebut didagangkan di atas kenaikan moving average 50, yang memainkan peranan sebagai tahap sokongan dan mengekalkan kecenderungan menaik. Indeks kekuatan relatif kekal mengukuh di atas paras neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum ke bawah. Di samping itu, potensi penurunan harga harus dihadkan oleh tahap sokongan utama pada 0.7015.

Sebagai kesimpulannya, selagi tahap utama kekal pada pergerakan menurun, kenaikan harga seterusnya dijangka pada tahap 0.7070 dan 0.7085.

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7070 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7085. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.7000 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6975. Titik pangsi terletak pada tahap 0.7015.

Tahap Rintangan: 0.7070, 0.7085, dan 0.7110

Tahap Sokongan: 0.7000, 0.6975, dan 0.69655