Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 18 April , 2017

Pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 0.6985. Walaupun pasangan mata wang tersebut melakukan anjakan dari tahap 0.7035 (tahap tinggi pada 17 April), ia masih berdagang di atas tahap sokongan utama pada 0.6995,dimaa ia boleh menghadkan potensi penurunan harga. Walaupun kesinambungan pengukuhan harga tidak boleh diketepikan, pergerakan harga adalah terhad.

Oleh itu, selagi tahap 0.6985 kekal ke arah bawah, mencari lantunan harga ke arah 0.7035. Penembusan harga di atas tahap ini akan mencetuskan kenaikan harga baru ke arah 0.7060.

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, di dagang dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7035 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7060. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6930 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6910. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6950.

Tahap Rintangan: 0.7035, 0.7060, dan 0.7080

Tahap Sokongan: 0.6960, 0.6940, dan 0.6910