Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan dibawah tekanan. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi di bawah MA 50 dan mengukuh pada aliran menurun, MA 50 kini dalam aliran menurun dan berperanan sebagai rintangan. Indeks kekuatan relatif adalah di bawah paras neutral 50 dan tidak mempunyai momentum menaik.
Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa gaji bukan perladangan telah meningkat kepada 138,000 pada Mei, berbanding ramalan yang mengunjurkan bacaan 184,000 dan 174,000 pada April. Kadar pengangguran, bagaimanapun, jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 tahun sebanyak 4.3% daripada 4.4% pada April. Pendapatan setiap jam purata bagi pekerja sektor swasta adalah sebanyak AS$26.22/jam pada Mei, menokok sebanyak 4 sen pada bulanan dan 2.5% pada tahunan.
Selagi tahap 0.9700 mengukuh pada aliran menaik, perhatikan pergerakkan penurunan harga yang seterusnya ke arah 0.9605 dan 0.9575 dalam lanjutan
Penjelasan Graf: Garis hitam menunjukkan titik pangsi, harga kini diniagakan di atas titik pangsi dan ia menunjukkan aliran menaik dan di bawah titik pangsi menunjukkan kedudukan menjual. Garis merah menandakan tahap sokongan sementara garis hijau pula menandakan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk membuka dan menutup dagangan.
Strategi: Ambil pesanan MENJUAL pada harga tinggi, Stop Loss: 0.9700, Take Profit: 0.9605
Tahap Rintangan: 0.9735, 0.9760, dan 0.9790
Tahap Sokongan: 0.9605, 0.9575,dan 0.9535