Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 03 Julai, 2017

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan menaik. Pasangan mata wang ini dilihat sedang menguji sokongan 'moving average' (MA) 50, dan kekal di atas sokongan mendatar pada tahap 127.80. 'Moving average' 20 masih berada di atas MA 50, dan indeks kekuatan relatif berada di sekitar kawasan neutral pada paras 50, kekurangan momentum penurunan harga.

Selagi harga tidak menembusi pada tahap 145.50, kenaikkan harga yang selanjutnya adalah diramal dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 147.50 dan 148.00.

Sebaliknya, jika harga bergerak dalam arah aliran yang bertentangan dengan ramalan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 145.50 dengan sasaran terletak pada tahap 145.05.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Kedudukan harga semasa di atas titik pangsi menyatakan posisi kenaikan harga dan kedudukan harga di bawah titik pangsi menunjukkan kedudukan menjual. Garis merah mewakili tahap sokongan sementara garis hijau mewakili tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk kedudukan masuk dan keluar dagangan.

Strategi: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 145.40, Take Profit: 147.50.

Tahap Rintangan: 147.50, 148.00, dan 148.50

Tahap Sokongan: 145.05, 144.15, dan 143.15