EUR/USD:Pasangan mata wang EUR/USD tidak menunjukkan sebarang pergerakkan harga yang ketara. Prospek dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD ini adalah aliran menaik pada minggu ini, dan pergerakan kenaikan harga yang lebih tinggi dapat membantu harga untuk mencapai garis ketahanan tambahan yang masing-masing terletak pada tahap 1.1450, 1.1500 dan 1.1550.
USD/CHF: Usaha kenaikan harga yang berterusan pada pasangan mata wang USD/CHF ini akhirnya telah menghasilkan isyarat "membeli" di dalam pasaran. Kini terdapat indikator kenaikan harga yang kuat sebagaimana harga diniagakan di atas tahap sokongan 0.9650, menuju ke arah rintangan pada tahap 0.9700 (setelah meningkat kira-kira 40 pips pada Isnin). Mana-mana isyarat penurunan harga pada pasangan mata wang EUR/USD ini akan mendorong pasangan USD/CHF untuk diniagakan lebih rendah.
GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan dalam aliran menurun pada dagangan jangka pendek, dan penurunan jangka pendek yang semakin meningkat telah menghasilkan isyarat "membeli" di dalam pasaran. Harga kini dilihat sedang diniagakan di bawah wilayah pengedaran pada tahap 1.2900, menuju ke wilayah pengumpulan pada tahap 1.2850. Wilayah pengumpulan ini berpotensi untuk ditembusi buat sementara sebelum pasangan mata wang membuat pembalikan harga.
USD/JPY: Sejak 14 Jun yang lalu, pasangan mata wang ini telah melonjak naik lebih daripada 500 pips. Instrumen dagangan mata wang ini telah meningkat lebih tinggi pada baru-baru ini, berada di atas tahap permintaan 114.00 dan menuju ke tahap bekalan pada 114.50 (sasaran awal). Sasaran yang seterusnya dilihat terletak pada tahap bekalan 115.00.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY diniagakan dalam aliran menaik, walaupun tiada apa yang berlaku pada Isnin. Pasaran sepatutnya bergerak lebih tinggi dengan ketara pada minggu ini, seperti yang telah dilakukan dalam beberapa minggu yang lalu. Zon bekalan yang masing-masing terletak pada tahap 130.50, 140.00 dan 140.50 berkemungkinan akan dicapai setelah volaitliti kembali ke pasaran.