Analisis Teknikal USD/CHF untuk 18 Julai, 2017

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat telah meneruskan pergerakkan menaik daripada tahap 0.9582. Minggu lalu, pasangan mata wang ini dilihat telah melonjak daripada tahap 0.9582 sehingga mencecah ke tahap tinggi sekitar 0.9649. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat pada 0.9582 diikuti dengan tahap 0.9552, manakala rintangan harian 1 dilihat terletak pada tahap 0.9710. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.9582 dan 0.9710; Untuk itu, kami menjangkakan sekurang-kurangnya 128 pips (0.9710 - 0.9582).
Merujuk kepada carta satu jam, rintangan serta merta dilihat terletak pada tahap 0.9710, yang bersamaan dengan nisbah penarikan semula Fibonacci 61.8%. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam aliran menaik. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam pasaran kenaikkan harga. Harga masih di atas MA (100), Oleh itu, jika harga menembusi tahap rintangan pertama 0.9710, maka adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan diniagakan lebih tinggi ke arah rintangan harian pada tahap 0.9752 untuk mengujinya. Para pedagang dinasihatkan untuk mempertimbangkan kedudukan untuk meletakkan pesanan stop loss; Ia harus ditetapkan di bawah sokongan kedua, iaitu pada tahap 0.9550.