Indeks USDX meneruskan pergerakkan menurun semasa sesi dagangan Isnin ekoran pengumuman berita bahawa dua senator Republikan menolak rang undang-undang parti untuk memansuhkan cadangan penjagaan kesihatan. Pada masa ini, indeks USDX berkemungkinan akan mensasarkan pergerakkan ke arah zon sokongan 94.16, di mana penembusan harga di bawah tahap itu akan membantu mempercepatkan harga untuk bergerak lebih rendah menuju ke arah 93.29. Indikator MACD kini beralih kepada neutral dan kami meramalkan bahawa akan berlaku beberapa pengukuhan harga.
Tahap Rintangan Carta 1H: 94.85 / 95.57
Tahap Sokongan Carta 1H: 94.16 / 93.29
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 94.16, take profit di tahap 93.29 dan stop loss pada tahap 95.02.